Saturday, June 12, 2010

PPBK

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)

DEFINISI PPBK

• Computer Assisted Learning
• Computer Assisted Instruction
• Computer Based Instruction
• Computer Aided Learning
• Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

CIRI-CIRI PPBK

• Berasaskan individu
• Boleh diulang
• Bahan disediakan oleh guru
• Ramah pengguna
• verbal
o Pengajaran Al-Quran – Tajwid
o Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware
o Bahan Pengajaran Dari Internet
• Binaan sendiri :-
o Membina Papan Cerita 1
o Membina Papan Cerita 2
• Cara Bina Bahan Dari CD – Satu Demo
• Teknologi Pengimbas
• pengajaran matematik
• Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza
Permainan berorientasikan pem LATIH TUBI

SIMULASI
• Lebih berbentuk permainan
Sesuai dalam
INKUIRI
• Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran
• Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuk diselesaikan • Ia sangat kompleks untuk disediaka
• TUTORIAL
• Isi pelajaran tersusun
• Pelajar boleh menjawab soalan
• Komputer beri maklumbalas
. PENYELESAIAN MASALAH
Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
• Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
• Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
• Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

PERMAINAN
• belajaran
• Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
• Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

KELEBIHAN PPBK

• Penumpuan kepada pelajaran
• Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
• Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent
• Interaktif
• Kolaboratif
• Individu

KELEMAHAN PPBK
• Kos tinggi
• Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian
PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MELALUI CD

• Contoh Bahan:-
o Pengenalan Kepada Komputer

PPBK DALAM PENGAJARAN
MATEMATIK


Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui

· penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office)

· aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator. Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan melalui tutorial, latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi.

Teknik Pengajaran.

1. Tutorial

Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan.

2. Latih tubi

Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia dapat memberi gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari.
Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan.

3. Permainan

Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah permainan. Melalui kaedah ini guru dapat menarik minat murid. Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

4. Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran Matematik bagi menguji penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang dipelajari. Melalui kaedah ini guru boleh menyediakan pakej pembelajaran yang mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid. Melalui kaedah ini juga dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun berkumpulan.

Contoh-contoh Perisian PPBK Di Pasaran

i) Fun Math With Arti Level 1/Level 2

Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara
menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang
berwarna-warni.

ii) Counting With Arti

Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan
dan menyusun nombor. Di samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik.

iii) Matematik Metalogix1

Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan
di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan yang menarik dan menyeronokkan.

iv) Cerdas IQ

Melalui perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.




Sunday, May 30, 2010

Pembuangan bayi

Mencari punca dan penyelesaian
Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.

Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor.

Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.

Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.

Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.

Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah.

Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.

Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat.

Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang “Safe Haven” yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang “Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah www.robynsnest.com/.

Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?

Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini

Keluarga, Masalah Sosial, Masyarakat

Selagi pergaulan bebas terus subur dengan bilangan penduduk khusus remaja sosial bertambah didalam sistem pemerintahan yang menolak hukum Allah masalah ini tidak akan selesai.Luasnya pendedahan komponan lucah disemua sudut yang berleluasa menarik perhatian serta merangsang nafsu manusia.Termasuk pakaian seksi menjolok mata yang pastinya tidak ada penguatkuasaan.Apa lagi diumur remaja yang berfikiran singkat...disamping itulah tanda akhir zaman.

kes pembuangan bayi semakin meningkat di negara kita.Setiap hari ade shj tentang kes pembuangan bayi.Mereka ni macam x de perasaan.suke2 hati jew buang bayi mcm smpah.buang kat tempat2 yg KOTOR pulak 2.Cuba buang diri diorang 2 kat tmpat mcm 2.nk kate x de akal,rase2 nye x mungkin.Selalunya masalah ini berpunca drpd NAFSU.Lg2 remaja,diorang suka m'cuba benda yg BARU..So,pkir lh psal ibu bapa,maruah keluarga,DIRI SENDIRI n terutamanya ALLAH sbelum buat DOSA BESAR cam2.Mngkin kat DUNIA ney lepas,tp kat AKHIRAT..???,

Monday, March 22, 2010

MAULIDURRASUL

PENGERTIAN
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI BULAN RABIUL AWAL
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1) Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2) Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3) Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4) Peperangan
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5) Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6) Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7) Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8) Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9) Kejatuhan Empayar
kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Friday, December 4, 2009

Monday, November 23, 2009

Saya gembira

Saya gembira ada blog sendiri.Senanglah saya untuk melayari internet
dan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman baru.Sebelum ini tidak terfikir untuk membuat blog sendiri kerana tidak ada peluang untuk mempelajarinya.Tetapi pada hari ini cikgu mustafa mengajar kami TSP membuat blog sendiri.Bertuah rasanya badan.